Assalamu'alaikum wm. wbr.
Alhamdulillah.
 Segala puji bagi Allah SWT yang menggerakkan tujuh petala langit dan 
tujuh petala bumi dan segala apa yang ada di antaranya.  Pujian yang 
banyak lagi melengkapi nikmat-nikmat-Nya dan yang menarik tambahan 
kurnia-Nya.
Ya
 Allah, curahkanlah selawat dan salam dan barakah ke atas penaung kami, 
yakni kekasihMu Muhammad dan ke atas keluarganya, pada setiap pandangan 
dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmuMu.
Para
 pembaca blog yang budiman. Pada kesempatan ini sukacita saya berkongsi 
suatu doa yang saya kira sangat pantas untuk diamalkan memandangkan 
berleluasanya orang-orang yang zalim, penuh hasad dan dengki yang tidak 
senang melihat orang lain menerima nikmat kurniaan Allah SWT.  Dewasa 
ini orang yang zalim dan dengki ini terdapat di mana-mana. Jika di 
pejabat, ia mungkin rakan sejawat kita, orang bawahan kita, hatta 
mungkin ketua (bos) kita sendiri yang tergugat di atas kewibawaan atau 
potensi kita untuk pergi lebih jauh daripada mereka. Jika bos menaruh 
perasaan dengki, dendam kesumat  dsb. kepada kita, maka ini merupakan 
suatu mala petaka bagi kita. Al-maklum bos mempunyai kuasa untuk membuat
 keputusan, termasuk hal-hal kenaikan gaji, pengesahan jawatan, sokongan
 melanjutkan pelajaran dan sebagainya.  Dia akan sedaya upaya membuatkan
 hidup kita tidak keruan.  
Di
 sini saya ingin memberi nasihat kepada bos yang sedemikian, agar segera
 insaf dan bertaubat kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada orang yang
 telah dianiaya olehnya.  Takutilah doa orang yang teraniaya. 
Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa orang yang teraniaya dengan 
Allah SWT. Apa yang ditakuti ialah, orang yang teraniaya hilang 
kesabarannya dan mendoakan kehancuran kepada orang yang zalim.
Oleh
 itu, sekiranya ada di antara pembaca yang menhadapi kemungkinan 
dizalimi, dianiaya, dsb, maka disarankan agar mengamalkan doa di bawah 
ini agar kita terhindar daripada kezaliman mereka. Doa ini dikenali 
sebagai AYAT SATU yang merupakan sebahagian daripada ayat ke-15 surah 
Asy-Syura.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah Tuhan kami dan Tuhan 
kamu. Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. 
 Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghidupkan kita 
dan kepada-Nyalah kita kembali.  Asy-Syura: 15
Kaedah Amalan:
1.  Bacalah ayat di atas 7x 
selepas tiap-tiap solat fardu serta dibayangkan hadir musuh kita itu dan
 makrifatkan ada dinding antara kita dengan musuh.  Jika tidak 
berkesempatan, bacalah tiap-tiap lepas solat Subuh dan Maghrib.
2. Jika sedang berhadapan dengan
 musuh, atau orang-orang yang zalim, atau orang-orang yang ditakuti, 
atau binatang-binatang buas, maka bacalah ayat ini 1x sahaja, InsyaAllah
 akan terlepas dari aniaya dan kejahatan mereka -- dengan syarat telah 
melakukan amalan no.1 di atas dengan istiqamah. InsyaAllah
Sekian, wasalam.
Posting Komentar