
Jangan Sesekali Kamu..
Jangan sesekali kamu bersikap
kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta
sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam
hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan
perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap
tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil
berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati
kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu
mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang
bertakhta.
Jangan sesekali kamu tertarik
pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik
pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang
beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya
senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu
yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima
CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan
CINTA kepada Allah..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima
CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia
dan LUPA pada-NYA..

Posting Komentar