Headlines News :
Home » » Jika Saya Bertemu DIA Sebelum Kamu.

Jika Saya Bertemu DIA Sebelum Kamu.

Written By Unknown on Kamis, 20 Oktober 2011 | 00.29


Jika Saya Bertemu DIA Sebelum Kamu.

Jika saya bertemu DIA (Allah) sebelum kamu
Saya mahu kamu tahu bahawa saya mencintai kamu kerana DIA

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya mahu kamu tahu setiap saat saya mengingati kamu

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya mahu kamu tahu saya merasa cemburu bila kamu bersama yang lain
Namun saya tak bisa menzahirkannya
Kerana saya tidak punya hak itu

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya mahu kamu tahu adakala saya merajuk hati dengan kamu
Tetapi entah mengapa hati yang rajuk itu redha sendiri
Rajuk dengan kamu tidak bisa berpanjangan

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya mohon maaf kerana adakala saya sentiasa ingin menarik perhatian kamu
Adakala saya membuat kamu marah
Adakala saya membuat kamu diam seribu bahasa

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Maknanya telah tertulis di Luth Mahfuz bahawa kita tidak mungkin bersama di dunia

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya mahu kamu tahu, saya mengasihimu tanpa meminta sebarang balasan
Kerana ikhlas itu tidak meminta berbalas

Jika saya bertemu DIA sebelum kamu
Saya redha dengan ketentuan DIA
Dan saya doakan semoga kamu bisa ketemu dengan insan yang lebih baik dari saya
Saya doakan kebahagiaan itu pastinya milik kamu.
Doakan saya jua sejahtera di sana dalam dakapan DIA.

(Ditujukan kepada bakal raja di hati yang tidak ketahui di mana dia berada dan siapakah dia..)
Share this post :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Aiva Putra Anugrah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger